Penulis, aktivis dan eksekutif teknologi ini merupakan COO bagi jenama yang tidak asing lagi pada kebanyakkan kita iaitu Facebook. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah untuk The Walt Disney Co dan beberapa lagi syarikat terkemuka dunia.
Menurut Facebook, Sheryl adalah orang yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan bagi beberapa bahagian dalam syarikat itu seperti sales, marketing, business devolepment, human resource, public policy dan juga komunikasi.
Beliau merupakan antara tulang belakang yang mengemukan dan membentuk idea praktikal bagi Facebook dalam mencipta lebih peluang bagi membina keuntungan melalui perniagaan syarikat tersebut. Beliau kini dianggarkan mempunyai net worth sekitar USD 1 Billion.
0 comments:
Catat Ulasan