Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan atau minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan. Berikut 5 jenis minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan:
1. Air Putih
Air putih adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air putih sebagai minuman utama. Sekiranya berasa bosan untuk minum air putih, boleh di pelbagaikan dengan meletakkan hirisan lemon segar, limau nipis ataupun hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa tanpa menambah nilai kalori dengan banyak.
2. Jus Sayur-Sayuran
Jus sayur-sayuran adalah minuman terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar bagi mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3. Teh kurang manis
Teh boleh membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan, khususnya teh hijau kurang manis. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula ke dalam minuman tersebut.
4. Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang baik.
5. Susu Rendah Lemak
Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak.
0 comments:
Catat Ulasan