Jangan Buang Kulit Pisang, Khasiat Banyak Tapi Ramai Tak Tahu

Buah pisang memang kaya dengan khasiat terutama serat dan potassium tapi apa yang ramai tidak tahu, dua khasiat itu sebenarnya terletak lebih banyak di bahagian kulit berbanding isinya.
Sebab itulah selepas makan pisang, kulitnya jangan dibuang. Gunakan dengan cara berikut agar manfaatnya anda perolehi.
1. Putihkan gigi
Gosok gigi anda dengan bahagian dalam kulit pisang setiap hari selama dua minggu. Anda akan melihat perubahan positif.
2. Buang ketuat
Salah satu petua semula jadi untuk membuang masalah ketuat adalah menggunakan kulit pisang. Bukan saja membantu membuang ketuat tapi juga mengelakkan ia tumbuh semula.
Caranya potong kecil kulit pisang dan tampal bahagian dalam kulit pisang pada ketuat. Balut dengan plaster selama satu malam. Lakukan sehingga ketuat tanggal.
3. Rawat jerawat dan kedut di wajah
Kulit pisang memang bermanfaat untuk wajah kerana kandungan antioksidan.Ia mampu memberi kelembapan dan menyegarkan kulit.
Sapu bahagian dalam kulit pisang pada kulit wajah terutama pada bahagian yang bermasalah. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan.
4. Melegakan psoriasis
Penyakit kulit ini memang dihidapi ramai dan sukar dirawat. Tapi kulit pisang boleh melegakan simptom-simptom psoriasis.
5. Kurangkan berat badan
Potassium sangat membantu untuk anda yang mahu menguruskan badan. Ia meningkatkan kadar metabolisme agar lebih banyak kalori dibakar dan anda punya lebih tenaga untuk lebih aktif.
Caranya basuh kulit pisang dan potong dan kisar bersama buah-buahan lain untuk dijadikan smoothies. Mungkin ramai yang janggal dengan cara itu tapi ia adalah salah satu resipi smooties untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Boleh juga mengikis bahagian dalam kulit pisang dan makan bersama pisang. Cara ini mungkin lebih diterima.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: