5 Bahan Pelik Dalam Produk Kecantikan Korea


Korea sememangnya terkenal dengan penghasilan produk kecantikan yang berteknologi tinggi. Namun tahukah anda terdapat beberapa produk kecantikan Korea yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang pelik dan ekstrem?
Adakah anda sanggup menggunakan lendir siput pada wajah anda? Jelita senaraikan lima bahan pelik yang terkandung dalam produk kecantikan Korea.
Krim Wajah Tapak Sulaiman
Tapak sulaiman dikatakan dapat memperkuatkan sel-sel kulit wajah serta melembutkan kulit wajah agar sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Saffron
Rempah termahal di dunia ini bukan sahaja membantu dalam melazatkan lagi masakan anda bahkan saffron juga digunakan dalam produk kecantikan. Saffron diggunakan sebagai salah satu kandungan serum antioksidan. Ia sering digunakan bersama Asid Amino dan Kolagen untuk menjadikan kulit wajah lebih segar dan bercahaya.
Pupur Racun Ular
Antara bahan yang paling digunakan dalam produk kecantikan Korea ialah racun ular. Penggunaan racun ular sebagai bahan utama dalam produk kecantikan merupakan trend kecantikan paling ekstrem di Korea. Racun ular mengandungi Asid Amino yang bertindak menghalang pergerakan saraf otot bagi mengurangi kedutan pada wajah. Juga dikenali sebagai botok organik. Pupur racun ular ini boleh didapati pada harga yang murah dan tidak menimbulkan rasa sakit.
Krim Anti Penuaan Siput Babi (Snail Essence)
Lendir siput merupakan antara produk kecantikan yang menjadi rebutan pada masa kini. Antara faktor kenapa produk ini menjadi tarikan ialah, kandungan lendir yang terdapat pada siput dikatakan dapat memberi nutrisi dan mencegah penuaan pada kulit agar kulit kelihatan muda dan berseri.
Pupur Kolagen Daripada Khinzir
Pasti ramai yang tahu kebaikan kolagen adalah dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah. Namun, di Korea Selatan terdapat beberapa produk kecantikan yang dihasilkan daripada kolagen khinzir. Kolagen dari haiwan ini dikatakan dapat mengurangkan kedutan pada dahi dan sekitar mata.
sumber : jelita.com.my
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: