Ketam Goreng Sos Telur


Mungkin ada yang belum pernah cuba masak ketam dengan cara ini. Namun jangan risau kami akan kongsikan resepi Ketam Goreng Sos Telur ini dengan anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
1 kilo ketam - (Buka cengkerang dan potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan tos)
2 sudu makan serbuk kunyit
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah* (Jika mahu pedas boleh tambah cili padi. Anda juga boleh guna cili kisar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
2 biji telur ayam (Pecahkan dalam mangkuk dan dikacau)
1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Tomato (Dipotong)

Cara-cara Menyediakannya:
.
1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar, tabur garam dan serbuk kunyit. Pastikan ketam digaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk.
2. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili merah.
3. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan.
4. Setelah habis menggoreng ketam, gunakan minyak yang sama (kurangkan sedikit minyak sehingga tinggal dalam setengah cawan) dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau serta kekuningan.
5. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya (dlm 1 cawan), letak sedikit garam dan sedikit gula atau perasa.
6. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji.
7. Setelah bahan-bahan sebati dengan ketam, masukkan telur ayam dan kacau seketika.
8. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: