3 Jenis Senaman Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Cergas Di Pejabat


3 jenis senaman mudah yang anda boleh praktikkan jika punya waktu terluang. Curi masa sikit la ya ketika waktu sela anda melepaskan tekanan dan penat mengadap kerja. Lagipun senaman ringan ini hanya memerlukan antara 5 hingga 10 minit sahaja.

1. Jadikan Meja sebagai Mini Gim
Anda boleh mencari perabot yang sesuai dejadikan sebagai peralatan senaman. Senaman ini boleh dilakukan selepas waktu kerja ataupun pada waktu rehat sahaja. Cara aktiviti ini adalah:
Lakukan dips dengan menjadikan kerusi atau sisi meja sebagai peralatan. Mulakan dengan memegang sisi kerusi atau meja dan bengkokkan sedikit lengan andda sambil menurunkan badan secara perlahan-lahan. Tahan beberapa saat dan bangkit semula secara perlahan lantas meluruskan kembali lengan yang dibengkokkan tadi.
Sambil menaip menggunakan laptop, cuba tengok apa yang ada di bawah meja. Anda boleh mencuba angkat objek menggunakan kaki dan lakukan secara berulang.
Yang terakhir, ialah aktiviti tekan tubi dengan menopang tangan di sisi meja sambil menurunkan badan secara mendatar dan menolak semula tubuh ke posisi asal.

2. Back stretch mengunakan kerusi
Untuk senaman ini, anda perlukan kerusi beroda dan boleh berpusing. Aktiviti yang boleh di lakukan ialah:
Letak tangan di atas meja serta cengkam meja dengan kuat serta tolak kerusi kebelakang sambil regangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada di antara lengan anda.
Sambil lakukannya, lihat ke bawah pada lantai. Perlahan-lahan tarik diri ke dalam untuk melengkapkan regangan.

3. Jaga postur badan
Menurut Dekan Klinik Universiti Sains Kesihatan Lombard, Jeffrey Bergin berkata bahawa keadaan postur duduk yang teruk boleh menyebabkan bongkok atau tulang terbentuk secara abnormal.
Letakkan keyboard di paras yang bersesuaian dengan anda. Duduk dengan melentur dan tegangkan kaki pada sudut 90 darjah dan tapak kaki dalam kedudukan yang selesa atas lantai.
Otot postur yang lemah akibat poster yang tidak baik berlaku kerana pengumpulan otot bertentangan menjadi tegang. Oleh itu, otot yang tegang perlu diregangkan dan otot yang lemah perlu ditegangkan. Senaman yang boleh membantu menguatkan otot adalah shoulder squeeze dan juga backbends.
Justeru itu, perlu diingatkan bahawa senaman yang berterusan akan memberikan kesan positif ke atas kesihatan fizikal dan mental untuk jangka masa panjang, Selain dianggap sebagai terapi untuk stress atau tekanan hidup, senaman juga membantu membakar lemak yang terkumpul di samping menyingkirkan kolesterol jahat yang memudaratkan kesihatan. Apa yang penting, senaman yang kerap pastinya memberikan pulangan yang tidak ternilai.
sumber : diarikurus.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: