8 Buah Untuk Kuruskan Badan


1. Jambu
Secawan jus jambu ada sekurangnya 337 mg Vitamin C. Jumlah ini lebih 4 kali ganda vitamin C yang diperlukan oleh lelaki dan 5 kali ganda bagi wanita. lepas ni boleh laa beli buah jambu mesti jambu lawa heheh ðŸ™‚

2. Cili Benggala Kuning
Kita pernah makan cili benggala atau bahasa omputihnya capsicum kan .Tahukah anda yang cili benggala ini sangat kaya dengan vitamin C sebanyak 155mg. Saya secara peribadi suka makan mentah sebab rasanya manis juga. Apa lagi cuba lah tak rugi tau

3. Cili Benggala Merah
Lebih kurang sama dengan cili benggala kuning, cili benggala merah juga ada kandungan vitamin C yang tinggi malah dipercayai secawan cili ini boleh mencapai sekurang-kurangnya 190mg vitamin C.

4. Buah Betik
Buah betik selain bagus untuk penghadaman, buah ini juga mengandungi tahap vitamin C yang tinggi. buah betik yang berukuran separuh besar ada 238mg vitamin C. see i told you betik kan baik , tak yah nak tunggu lagi amalkan makan betik kulit pasti cun melecun ðŸ™‚ badan pun sihat tau .

5. Kiwi
Nampak aje warna hijau kiwi ni tetapi rasanya ada yang manis dan sedikit masam kalau pandai pilih manis . Tapi khasiatnya memang sangat baik dan secawan buah kiwi yang dikisar ada 167mg vitamin C dan juga tinggi serat, kalium, magnesium, folat dan vitamin K. Buah kiwi sesuai untuk amalkan sebagai diet seharian.

6. Mangga
Sekarang musim mangga harum manis kan, nak tahu tak yang mangga ini mempunyai khasiat vitamin C yang baik sebanyak 122mg. Senang sahaja kupas dan makan atau pun boleh dikisar menjadi jus memang enak dan berkhasiat

7. Nenas
Nenas mengandungi sekitar 80mg vitamin C sekaligus memberi manfaat pada tubuh kita. boleh diambil sebagai jus atau pun makan begitu sahaja pun sodap.

8. Strawberi
Selain menyegarkan buah ini juga kaya dengan sumber vitanin C seperti buah limau. Khasiatnya juga dipenuhi dengan anthocyanin iaitu zat yang berupaya membakar lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Perasan tak orang Korea KPop tu kurus sebab makan starwberi hehe. Lepas ini habis kena borong
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: