Tip Atasi Rambut Bercabang


Rambut ialah mahkota wanita. Tidak kira anda bertudung ataupun tidak, anda seharusnya menitikberatkan penjagaan rambut. Rambut yang sihat akan menyerlahkan penampilan anda. Walaupun begitu, anda tidak dapat mengelak daripada mengalami pelbagai masalah rambut. Antara salah satu masalah rambut yang sering dipandang enteng ialah rambut bercabang.

Berikut beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk mengembalikan kesihatan rambut dan mengatasi masalah rambut bercabang. Antaranya:
1. Gunakan Syampu Anti Alkohol
Sebaiknya, guna syampu yang berasaskan rumusan semulajadi. Ia bukan sahaja memelihara keindahan rambut malah tiada kesan sampingan. Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi alkohol kerana ia akan membuatkan rambut menjadi lebih kering dan rosak.
2. Biarkan Rambut Kering Dengan Sendirinya
Jangan terlalu kerap mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Kesan haba yang panas daripada hair dryer boleh menjejaskan kesihatan rambut. Rambut anda juga mudah untuk diuruskan.
3. Gunting Hujung Rambut Secara Teratur
Gunting hujung rambut yang bermasalah secara teratur selama 6 -8 minggu sekali. Ia berfungsi untuk menstimulasi pertumbuhan rambut secara lebih sihat dan cepat.
4. Rawat Rambut Di Salon
Rawat rambut bermasalah di salon. Dapatkan nasihat pakar jika anda keliru dan buntu mencari jalan penyelesaian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: