8 Khasiat Nanas Dalam Kecantikan Dan Kesihatan


Ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar buah nanas.
Selalunya buah tajam ini sering dikaitkan dengan kebaikannya yang mampu menurunkan berat badan berbanding kelebihannya yang kaya dengan vitamin C.
Tetapi, tahukah anda bahawa buah nanas baik untuk kulit dan kesihatan? Selain kaya dengan vitamin C, buah ini juga kaya dengan vitamin A, fiber, potassium dan kalsium.
Siapa yang kurang gemar mengambil makanan tambahan untuk kesihatan, buah ini sangat sesuai untuk anda.
Mudah sahaja kan! Nak cantik hanya perlu makan buah je. Sedap pulak tu.
1. Menghalang kerosakan kulit
Tahukah anda, buah nanas kaya dengan antioksidan yang menghalang kerosakan kulit dan menghalang sel kulit menjadi rosak. Selain itu kandungan antioksidan ini juga membantu menghalang anda daripada penyakit jantung dan kanser.
2. Merawat selesema dan batuk
Buah nanas kaya dengan vitamin C yang boleh menjadi ubat untuk menyembuhkan selesama dan batuk dengan berkesan. Anda perlu cuba tip ini.
3. Kekuatan tulang
Buah nanas baik juga membantu untuk menguatkan tulang dan tisu pada badan anda. Bukan susu sahaja yang mampu menguatkan tulang. Jadi kepada mereka yang tidak gemarkan susu, anda boleh mengambil buah nanas sebagai pengganti.
4. Merawat masalah jerawat
Buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh merawat jerawat dan kulit rosak. Kandungan enzim dalam buah ini mampu mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit yang rosak.
5. Kulit lebih muda
Buah ini juga memberikan kolagen sintesis pada tubuh anda. Semakin tinggi kandungan kolagen tersebut, semakin muda kulit anda. Ditambah dengan asid amino dan vitamin C, ia akan mempercepatkan lagi penambahbaikan kulit dan tisu yang rosak.
6. Menghilangkan rekahan pada kaki
Anda boleh gunakan nanas untuk membuat skrub. Ia akan membantu menghilangkan rekahan pada kaki atau tumit. Hasilnya, anda akan mendapat kulit yang lembut dan cerah.
7. Melembutkan dan menguatkan kuku
Kurang vitamin A menjadi punca kuku rapuh.Lebih parah jika anda kekurangan vitamin B, ia akan membuatkan kuku anda pecah dan patah. Anda tidak perlu mengambil pil makanan tambahan untuk merawatnya. Cukup dengan pengambilan buah nanas yang akan menguatkan dan melembutkan kuku.
8. Merawat rambut gugur
Vitamin C merupakan elemen penting untuk mengelakkan rambut gugur. Kandungan hebat dalam buah nanas menjadikannya vitamin sempurna untuk anda. Anda boleh makan begitu sahaja atau dibuat jus untuk merawat rambut gugur anda.
sumber : hanasuva.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: