FORMULA MULAKAN PERNIAGAAN INTERNET DENGAN MUDAH


Ini adalah 3P yang terkandung dalam Langkah 3P.

P – PRODUK
P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.
Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?
Untuk perniagaan sambilan, Irfan Khairi galakkan cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.
Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok.
Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.
Contoh:
Kita nampak orang jual simkad macam best jer.
Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.
Itu dia…
Kita belum tentu.
Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.
Saya sendiri pernah hadapi masalah yang sama dulu (2 bisnes tutup kedai tak sampai 3 bulan).
Artikel Berkaitan > Nak Power Menjual, Kena Kahwin Dulu. Betul Ke?

P – PLATFORM
Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.
Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:
Facebook
Instagram
Twitter
Blog
Email
Minisite
Dan banyak lagi…

Irfan Khairi nasihatkan supaya kita mula dengan platform yang kita dah biasa guna.
Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.
Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.
Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

P – PEMASARAN
Produk dah ada…
Platform pun kita dah pilih.
Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.
Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: