Kategori Beg Tangan Wanita Patut Tahu Sebelum Beli



Biasanya kita memilih beg tangan mengikut jenama yang berkenan di hati selain nampak cantik di mata.
Namun perlu diketahui setiap beg yang dipilih itu ada kategori atau jenisnya dan setiap satu berbeza fungsinya.
Sebaiknya kategori atau jenis beg ini anda tahu supaya dapat mengenakannya sesuai dengan acara atau majlis agar penampilan tak dilihat janggal.
.
1. Structured/Ladylike
Beg jenis ini disertakan dengan bentuk yang kukuh dan ia kekal dengan bentuknya walaupun tidak diletak barang di dalamnya.
Beg jenis ini biasa didatangkan dengan tali kecil agar senang dipegang dan juga pilihan tali panjang mudah cabut jika anda ingin gayakannya di bahu. Sesuai untuk acara formal dan ke pejabat.
.
2. Clutch
Clutch adalah jenis beg yang tidak bertali dan hanya selesa untuk dipegang. Ia boleh dikategorikan kepada santai dan juga glamor.
Rekaan untuk gaya santai lebih bersahaja tanpa sebarang perincian manakala untuk majlis glamor ia hadir dengan tatahan batuan ataupun juraian manik.
.
3. Beg Hobo
Beg stail ini tidak berstruktur dan lembik. Ia mempunyai satu sahaja tali dan disangkut pada bahu. Ia sesuai dengan anda yang sukakan gaya bohemian. Lebih sesuai untuk acara santai.
.
4. Beg Messenger
Beg berbentuk petak ini hadir bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan. Sesuai digayakan ke pejabat atau untuk travel.
.
5. Beg Satchel
Ia adalah beg jenis kulit yang hadir dengan bahagian bawah berbentuk leper dan memiliki dua tali pemegang. Biasanya digayakan untuk acara formal.
.
6. Beg Tote
Beg jenis ini hadir dengan tali pendek dan biasanya terbuka tanpa zip. Ia bersaiz besar kerana fungsinya untuk membawa banyak barang. Boleh dipakai untuk bersantai, membeli belah malah sesuai juga untuk ke pejabat.
.
7. Beg Bahu
Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan di bahu. Kebiasaannya beg jenis ini memiliki satu atau dua tali. Pilihan untuk ke majlis koktel.
.
.
sumber: www.nona.my
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: