Tiga Solusi Murah Untuk Hilangkan Selulit

Tidak kira usia atau berat badan, selulit adalah musuh no.1 kaum wanita. Sememangnya dengan bersenam dan berdiet adalah cara paling efektif untuk melawan selulit tetapi dengan trik mudah ini, ia boleh membantu juga anda untuk memiliki kulit cantik. 1. Dry brushing Gunakan berus yang agak keras (tapi jangan pakai berus dawai pula!) dari fiber natural. Gosok kawasan yang ada selulit (biasanya di kawasan paha dan punggung). Gosokan ini akan membuang sel kulit mati, merangsang peredaran darah dan membersihkan saliran limfa agar selulit boleh dikurangkan. Untuk kesan terbaik, dry brush kulit anda lima minit sebelum mandi pagi. 2. Skrub serbuk kopi Bahan ini sangat trending di laman sosial sekarang dan sememangnya ianya berkesan! Gosok skrub ini pada kawasan bermasalah semasa mandi. Efeknya sama dengan efek dry brushing. 3. Urut dengan essential oil Essential oil seperti minyak cedar, rosemary, patchouli, juniper, lemon atau eucalyptus terkenal dengan properti anti-selulit mereka. Campur 2 - 3 titik minyak ini ke dalam satu sudu besar minyak zaitun kemudian urut kawasan yang ada selulit. Anda juga boleh titikkan beberapa titik minyak pilihan anda dalam air mandi juga. Detoks tubuh juga boleh membantu anda menghilangkan selulit ini. Jika anda benar-benar mahu hilangkan selulit ini once and for all, buang habit buruk seperti merokok, makan makanan segera dan bergoreng. Mesti lagi cepat selulit itu hilang. sumber : rapi.karangkraf
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: