Petua tradisional merawat penyakit asma.


Penyakit asma dahulunya di panggil semput atau lelah boleh dihidapi oleh sesiapa saja tak kira lelaki mahupun perempuan, dewasa atau pun kanak-kanak. Tak kiralah apun gelaran yang dipanggil.. yang pasti penyakit ini berpunca daripada saluran penafasan yang membuatkan pesakit mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.

Statistik Penyakit Asma
** Dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus adalah dewasa yang menghidap penyakit ini.
** 80 peratus kanak-kanak yang menghidapi asma akan hilang selepas meningkat belasan tahun.
** Sebilangan 50%-60% akan sembuh apabila dalam pesakit dalam lingkungan usia 20-25 tahun.
**20 peratus lagi akan mendapat asma secara berterusan



Pantang Larang Untuk Pesakit Asma
i) Elakkan daripada terhidu asap rokok.
ii) Tak boleh main hujan atau berada di cuaca panas dan sejuk.
iii) Berada di tempat-tempat berdebu, berhabuk terutamanya karpet.
iv) Kalau boleh elak jangan bela kucing di rumah
v) Waktu tidur, elak dari guna ekon.. agar tidak terlalu sejuk.

Petua Tradisional Merawat Penyakit Asma

Penyakit asma atau lelah ini tidak memberi kesan apa-apa terhadap jatung tetapi boleh memudaratkan paru-paru. Namun, penghidap penyakit ini terbatas daripada melakukan apa-apa aktiviti lasak kerana ia boleh menyebabkan serangan asma dengan tiba-tiba.

Mari saya kongsikan beberapa petua tradisional bagi merawat penyakit asma di peringkat, antaranya:
1. Susu kambing - Perah susu kambing asli dan mentah, kemudian amalkan minum di awal pagi, selepas makan atau sebelum makan. Penyakit asma akan beransur hilang.
2. Madu lebah - Kaya dengan 1001 khasiat. Amalkan makan madu lebah asli, satu atau dua sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak cukuplah satu sudu kecil.
3. Bawang putih - Ambil bawang putih, hiris nipis-nipis.. kemudian rebus hirisan bawang putih tadi. Tunggu airnya dah sejuk masukkan madu lebih dan minum setiap pagi selama 10 hari.
4. Daun sireh - Rebus daun sireh bersama gula batu hingga pekat. Amalkan minum airnya setiap pagi.
5. Daun pegaga - Ambil daunnya, kemudian rebus dan minum air rebusan daun pegag itu. Amalkan selalu.

Cuba amalkan di rumah petua dan tip yang saya kongsikan di atas. Kita hanya berusaha dan berikhtiar yang menyembuhkan penyakit adalah Allah.
Semoga petua tradisional merawat penyakit asma ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.

Sumber: Petua tradisional
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: