KHASIAT EPAL HIJAU


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari adalah amat digalakkan kerana khasiat epal hijau itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada individu yang ingin menurunkan berat badan, ini kerana epal hijau mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Khasiat Epal Hijau Dalam Amalan Hidup Sihat
-Mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
-Mengurangkan risiko penyakit jantung.
-Membantu kesihatan membran paru-paru.
-Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
-Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
-Membantu mengekalkan berat badan.
-Mengurangkan tekanan penyakit asma.
-Mengurangkan risiko barah.
-Membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
-Merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Khasiat Epal Hijau Dalam Kecantikan
Tahukah anda, epal hijau juga mampu mencantikan kulit anda? Di mana epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau secara nipis, kemudian rendamkan di dalam air batu selama lima minit. Setelah itu letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegaran pada kulit muka anda. Jika ianya diamalkan selalu, ia mampu melincinkan kulit muka anda.
sumber:blog.mohdisa
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: