Hati-Hati Berkanta Lekap! Oleh:Editorial RAPI

Jika dulu kanta lekap dijadikan satu keperluan untuk si rabun tetapi kini dijadikan satu fesyen untuk tampil lebih cantik dan yakin. Tahukah anda bahawa kebanyakan kanta lekap yang tidak menepati piawaian keselamatan boleh merosakkan mata?
Penjualan kanta lekap yang berlambak di pasar-pasar malam dan yang dijual secara talian semakin berleluasa. Keinginan orang ramai untuk membeli kanta lekap yang murah dan tanpa perlu memeriksa mata ini menyebabkan mereka sanggup membeli kanta lekap tanpa banyak soal.
Jika anda pengguna kanta lekap, anda tentu tahu prosedur memakai kanta lekap yang sebetulnya malah lebih berhati-hati. Saranan beberapa pendapat bahawa elak memakai kanta lekap ketika berada di tempat panas atau ketika sedang berdepan dengan haba, contohnya ketika sedang memanggang adalah dilarang kerana ia mungkin penyebab buta. Alasan kanta lekap diperbuat daripada plastik ada logiknya.
Kami sarankan anda tidak memakai kanta lekap sewaktu mahu masuk tidur atau seharian. Jangan lupa mencuci kanta lekap setelah pakai menggunakan air pencuci khas. Anda juga perlu patuhi bila kanta lekap anda tamat tempoh supaya anda tidak terpakai kanta lekap yang sudah tercemar. Cucilah bekas kanta lekap dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu lap dengan kain atau tisu.
Mungkin ramai yang kurang tahu kesan memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menghalang oksigen yang menyebabkan kornea kurang sensitif. Apabila kurang sensitif, pengguna tidak akan menyedari matanya dimasuki habuk.
Akibat kurang sedar kemasukan bendasing, ia juga menjadi punca mata kurang berkedip sekaligus kurang kelembapan mata. Anda perlu tahu pemakaian kanta lekap akan mengubah lengkungan kornea dan rabun akan bertambah.
Jika anda tidak mahu diserang ulser kornea iaitu jangkitan bakteria pada mata, elak pakai kanta lekap selama lapan jam berterusan dan ketika tidur. Jika kanta lekap boleh ditukar ganti dengan pelbagai warna tetapi mana mungkin mata boleh diganti dengan mudah!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: