Anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah ini bermula dengan latar belakang yang serba sederhana. Berasal daripada keluarga kampung yang agak susah, beliau sentiasa jelas dengan matlamat dan pencapaian yang beliau inginkan bagi mengubah kehidupan beliau.
Dibesarkan oleh datuk dan nenek yang sentiasa berpesan tentang pentingnya berpegang kepada landasan agama, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran dalam bahagian pengurusan perniagaan di University of New York.
Apa yang menariknya tentang Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce ini, beliau memulakan perniagaan ini hanya dengan bermodalkan RM 5,000 sahaja dan 7 orang pekerja.
Sikap beliau yang bersungguh-sungguh telah berjaya membangunkan perniagaan beliau tanpa bermodalkan sebarang pinjaman dari mana-mana bank dan kini telah mempunyai lebih 68 cawangan.
Beliau juga turut mempunyai syarikat hartanah yang menerokai sekitar kawasan Bandar Tun Razak dan telah membangunkan lebih 3,000 unit kediaman kondominium dan lot kedai.
Kini beliau merupakan seorang pakar motivasi dan guru yang tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan lebih ramai orang di luar sana.
0 comments:
Catat Ulasan