Bila dah usia semakin lanjut, kedutan menjadi musuh utama kita, terutamnya di bahagian muka. Kawasan muka pula merupakan kawasan tumpuan pandangan orang. Disini Cik Beaute Nak kongsi sedikit petua tradisional untuk merawat dan menghilangkan kedutan pada wajah. Sebenarnya untuk menghilangkan kedutan pada wajah sangat mudah dan anda hanya perlu konsisten dan rajin mengamalkannya.
Petuanya adalah dengna menggunakan lobak merah. Parut lobak merah hingga hancur kemudian campurkan sekali bersama-sama dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan ramuan dan kemudia sapu pada tempat yang berkedut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Amalkan selalu setiap hari untuk Wajah yang kelihatan berseri-seri dan menghilangkan kedutan. Insha Allah..
0 comments:
Catat Ulasan