Kek Pavlova


Mungkin ramai yang ‘jatuh hati’ dengan kek Pavlova, pencuci mulut yang berasal dari New Zealand. Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia dan mungkin masih ramai yang kurang tahu cara untuk membuat kek Pavlova. Oleh demikian, Yasmin Mansor, berkongsi resepi dan tip untuk membuat kek ini supaya rasanya lebih sedap dan tidak terlalu manis.

Bahan untuk Meringue,
3 biji telur putih size A
Gula kastor 1 cawan
1 sudu esen vanila
1 sudu cuka epal
1 sudu tepung jagung
250g whipping cream

Tip sebelum membakar Pavlova
1 Semasa mengasingkan antara telur putih dan kuning, pastikan tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih.
2. Bagi memudahkan proses mengasingkan antara telur putih dan kuning, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk.
3. Pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Elakkan guna telur yang masih sejuk.
4. Pastikan peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak.
Cara-cara
1. Pukul telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan.
2. Pukul sehingga adunan menjadi soft peak form – separuh kental adalah tahap apabila kita angkat pemutar elektrik, putih telur berbentuk melengkung.
3. Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula satu sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
4. Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat. Apabila pegang sedikit adunan di tangan, masih terasa gula yang belum hancur.
5. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Apabila diangkat dia akan mengeluarkan 'tanduk'.
6. Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
Tanda meringue menjadi ialah apabila 'tanduk' yang tajam di hujung.
7. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
8. Buat garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Atau anda boleh menggunakan cara dengan tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
9. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi daripada tengah.
Masa membakar
1. Panaskan oven suhu 150’c. Letakkan rak ditengah bahagian oven.
2. Masukkan adunan meringue, dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’c. Masak selama satu jam.
3. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Apabila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi di dalam belum masak.
4. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Apabila masak, biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
NOTA:
1. Elakkan daripada memukul whipping cream terlampau lama. Jika tidak ia akan jadi cair.
2. Pukul whipping cream semasa tengah sejuk.
3. Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda.
4. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova.
5. Bagi memudahkan kerja, masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama dua hingga tiga jam sebelum memukul whipping cream.
6. Whipping cream memang manis, jadi jika anda tidak suka terlalu manis, kurangkan sukatan gula.
7. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Jika mahu makan, anda boleh keluarkan dan guna.
8. Elakkan daripada meletakkan whipped cream dan hiasan buah-buahan yang siap dipotong terlalu awal.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: