Tip Mudah Solekan Untuk Wajah Berjerawat


Berikut tip mudah bagaimana untuk merias wajah tatkala wajah sedang dilanda bintik merah yang degil itu.

1. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah khas terlebih dahulu. Ini adalah untuk menyingkirkan bakteria dan kotoran yang mungkin terperangkap di dalam lapisan kulit. Jika kulit bersih, proses merias wajah menjadi lebih mudah.

2. Mulakan dengan sapuan pelembap. Rumusan aktif pelembap membuatkan wajah lebih lembut dan berupaya merawat jerawat itu.

3. Sorok atau lindungi bintik jerawat dengan penyamar noda (concealer). Sapukan tipis pada wajah.

4. Anda boleh menggunakan bedak asas, namun jika formulanya lebih ringan. Sapukan secara tipis pada wajah. Jika anda menggunakan bedak asas yang bertekstur berat, ini akan menyebabkan liang pori anda tersumbat dan tidak boleh bernafas. Jerawat akan muncul lebih banyak!

5. Sebaiknya, ketika wajah anda sedang ditumbuhi jerawat, gunakan bedak polos (loose powder). Ini kerana kandungannya yang lebih ringan dan tidak akan menyumbatkan pori -pori wajah. Bedak polos juga mampu untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.

6. Riaskan solekan mata dengan penggunaan warna yang sedikit terang. Ini adalah helah untuk mengalih tumpuan mata yang memandang daripada melihat pada pipi yang berjerawat. Gunakan teknik smokey eyes untuk lebih menarik.

7. Aplikasi penggaris mata dengan teknik mata kucing akan membuatkan mata anda lebih besar dan galak.

8. Elakkan menggunakan pemerah pipi jenis gel atau krim kerana ia membuatkan wajah anda lebih mudah diserang jerawat. Jika masih ingin menyerlahkan rahang pipi, hanya oles tipis pemerah pipi jenis debu kerana teksturnya yang lebih ringan.
sumber : jelita.com.my
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: